Wednesday 25 April 2012

~ Ulasan or Alasan ~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Kenapakah tajuk saya macam itu?

Just for a gimmick.AHAKS...

Minggu ini untuk kelas aplikasi komputer sangat simple,En Azzwan bawa kami pergi PTSL konon2 kami nak tengok movie tetapi pada hakikatnya ialah kami ditayangkan dengan 2 buah video korporat tentang UKM.

So,kami semua perlu membuat sedikit ulasan/pendapat tentang video tersebut.

Saya tak nak ulas panjang2.

Okay,untuk Video pertama iaitu Dari kaca mata pelajar:

Saya berpendapat video yang dirakamkan itu adalah bagus iaitu untuk memberi gambaran kepada masyarakat di luar sana terhadap kehidupan pelajar-pelajar di UKM tetapi oleh sebab saya merupakan salah seorang pelajar yang belajar di UKM,ia sangat-sangatlah banyak penipuannya seperti kata pepatah Melayu 'jauh panggang dari api'.Kalau sabagai contohnya,pelajar yang di dalam video akan tegur @ menyapa staff2 di UKM,tetapi jika yang sebenarnya tidak ramai yang berbuat demikian.Selain itu,yang saya paling paling tidak bersetuju sekali ialah tempat yang Foreigner wanita dalam video tersebut naik bas UKM di hadapan KIOSK FEP.Arah bas itu sama sekali salah kerana pada hakikatnya jalan di situ adalah jalan sehala dari PTSL tetapi bas itu datang dari arah yang bertentangan.Saya yang selalu menggunakan perkhidmatan bas UKM memang sangat tidak bersetuju tentang part video ini.Walau bagaimanapun,biasalah untuk mempromosikan universiti kita kepada masyarakat luar,ini adalah satu strategi 'marketing' jadinya perlu mempamerkan gelagat yang baik-baik sahaja.


Seterusnya,untuk Video kedua iaituVideo korporat UKM:

Video yang kedua ini totally banyak mempamerkan Fakulti Kejuruteraan.Dalam video ini,ia dibuat untuk menunjukkan kejayaan-kejayaan yang banyak disumbangkan oleh pelajar-pelajar daripada pelbagai fakulti dalam UKM.Jadi,saya sebagai pelajar dalam Fakulti Ekonomi & Pengurusan amat-amat tidak bersetuju jika dalam video ini banyak mempamerkan kejayaan yang dibuat oleh pelajar-pelajar KJUT sahaja.Sepatutnya,ia perlu mempamerkan secara sama rata.

*Setakat itu sahaja ulasan daripada saya,yang silap maafkan/betulkan,yang betul renung-renungkan...

Sekian...



No comments:

Post a Comment