Monday 30 April 2012

~ Out with S5 ~

Assalamualaikum....

Pada hari Jumaat 27hb April 2012,kami beberapa orang budak kelas S5 bersama lecturer paling cool iaitu En Azzwan keluar ke Metro Point di Kajang untuk bermain bowling.Actually,event hari itu,ada 2 sesi,pagi dan petang.Aku dan Aqilah join sesi pagi dan kami memang bercadang untuk tidak join sesi petang kerana ingin study OB.Tapi.lepas habis main bowling,kami dalam dilema nak pergi atau tak untuk sesi petang.Then,lepas tambah,tolak,darab,bahagi semua,aku dan Aqilah dengan suka hatinya nak join sesi petang bowling di Mines.Memang happy sangat2 hari itu dapat lepaskan tension walhal esoknya ada exam OB.Tapi,kami study okay masa tunggu turn main bowling tu...Yang tak boleh tahan sekali,Nabil,Fadhil,Afzan dan Mail asyik datang je kat kami tutup2 buku yang aku bawa tak bagi baca...HAHAHA..Tapi,lama-lama mereka semua ambil juga nota yang kami buat dan baca.Haa,tahu pun takut esok exam.HAHAX...

Secara kesimpulannya,sesi pagi bowling memang best sebab xperlu la terkejar-kejar masa sangat sebab kami semua datang awal,masa itu,tempat bowling tu baru je buka.Satu lagi,tempat bowling kat MetroPoint lagi best untuk main.Kat Mines tak berapa best,dahla bola dan kasut dia memang xsyok langsung.Tapi,apa2 pun kamu semua memang terbaik la...Fun habis hari tu...Kami semua balik semula ke UKM dalam pukul 10 malam.Walaupun penat tapi best gila..HEE..
Kat bawah ni antara gambar2 sepanjang hari Jumaat tu.Dipersilakan tengok ^_^


Perbincangan untuk ke MInes

Khusyuknya dengar...

Timbang berat eh En Azzwan?



Sesi menunggu gadis2...

Tak puas hati timbang berat eh fadhil n mail?


Wednesday 25 April 2012

~ Ulasan or Alasan ~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Kenapakah tajuk saya macam itu?

Just for a gimmick.AHAKS...

Minggu ini untuk kelas aplikasi komputer sangat simple,En Azzwan bawa kami pergi PTSL konon2 kami nak tengok movie tetapi pada hakikatnya ialah kami ditayangkan dengan 2 buah video korporat tentang UKM.

So,kami semua perlu membuat sedikit ulasan/pendapat tentang video tersebut.

Saya tak nak ulas panjang2.

Okay,untuk Video pertama iaitu Dari kaca mata pelajar:

Saya berpendapat video yang dirakamkan itu adalah bagus iaitu untuk memberi gambaran kepada masyarakat di luar sana terhadap kehidupan pelajar-pelajar di UKM tetapi oleh sebab saya merupakan salah seorang pelajar yang belajar di UKM,ia sangat-sangatlah banyak penipuannya seperti kata pepatah Melayu 'jauh panggang dari api'.Kalau sabagai contohnya,pelajar yang di dalam video akan tegur @ menyapa staff2 di UKM,tetapi jika yang sebenarnya tidak ramai yang berbuat demikian.Selain itu,yang saya paling paling tidak bersetuju sekali ialah tempat yang Foreigner wanita dalam video tersebut naik bas UKM di hadapan KIOSK FEP.Arah bas itu sama sekali salah kerana pada hakikatnya jalan di situ adalah jalan sehala dari PTSL tetapi bas itu datang dari arah yang bertentangan.Saya yang selalu menggunakan perkhidmatan bas UKM memang sangat tidak bersetuju tentang part video ini.Walau bagaimanapun,biasalah untuk mempromosikan universiti kita kepada masyarakat luar,ini adalah satu strategi 'marketing' jadinya perlu mempamerkan gelagat yang baik-baik sahaja.


Seterusnya,untuk Video kedua iaituVideo korporat UKM:

Video yang kedua ini totally banyak mempamerkan Fakulti Kejuruteraan.Dalam video ini,ia dibuat untuk menunjukkan kejayaan-kejayaan yang banyak disumbangkan oleh pelajar-pelajar daripada pelbagai fakulti dalam UKM.Jadi,saya sebagai pelajar dalam Fakulti Ekonomi & Pengurusan amat-amat tidak bersetuju jika dalam video ini banyak mempamerkan kejayaan yang dibuat oleh pelajar-pelajar KJUT sahaja.Sepatutnya,ia perlu mempamerkan secara sama rata.

*Setakat itu sahaja ulasan daripada saya,yang silap maafkan/betulkan,yang betul renung-renungkan...

Sekian...



Tuesday 24 April 2012

~ Jom Ramai2 KLIK !!!



Assalamualaikum semua….

Haa,nampak tak  gambar dekat atas tu…
Kepada sesiapa yang tidak tahu lagi,
nanti 27 April hingga 6Mei ada pesta buku antarabangsa
kat Dewan Tun Hussein Onn,PWTC,Kuala Lumpur.
Kalau rasa2 free tarikh tu,pergi la ya borong buku/novel banyak2…
Ada diskaun lagi sebanyak 15%.
Then,ada penampilan istimewa iaitu penulis buku,
Ustazah Fatimah Syarha,
Ustaz Azhar Idrus
dan ramai lagi penulis buku yang lain.
Selain itu,pelbagai aktiviti yang disediakan di sana seperti seminar bersama penulis2 buku tersebut..
Fatimah Syarha
Ustaz Azhar Idrus
          
                      

*Satu lagi tolong la Klik Disini
Sebab saya sertai PERADUAN HEBAH DAN MENANG.
Jadi,bila ramai yang klik link ni,peluang untuk menang baucer buku tu lebih tinggi la.
Tolong,PLEASE,PLEASE,PLEASE….