Wednesday 28 March 2012

* JANGAN ----> Ustaz DON~~~

Hari ini aku nak kongsi tentang apa yang kita perlu hindari dalam Islam...

Ni semua adalah dari Ustaz Don...

Sama-samalah kita berubah ke arah yang labih baik...

RENUNG-RENUNGKAN~~~





- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu
membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Sunday 25 March 2012

~~MR Doopy Was GONE~~

Semalam mak aku call...Aku sedih sangat dengar....

Rupa-rupanya ikan sekila yang aku bela lebih kurang

sebulan lebih yang lalu telah mati.

Tidak diketahui puncanya.Tapi mak aku ada cakap makanan

dia dalam botol tu dah tinggal sikit sangat.

Maybe ayah aku kot bagi makan kat Mr.Doopy.

Die letak banyak2.

Ikan sekila ni tidak boleh makan banyak2.

Dia jenis ikan yang sangat sensitif.Kalau xjaga

betol2,cepatlah riwayat hidupnya tamat.HUHUHUX

Kat bawah ni aku uploadkan gambar2 Mr.Doopy semasa

hayatnya...












Cantik tak ikan sekila saya...Waaaa...dia dah xada...SEDIH2





Saturday 24 March 2012

~ THE HUNGER GAMES ~


Semalam aku pergi tengok wayang kat The Mines...

Aku tgk midnight punye...

Mula-mula cerita tu main,pening sangat sebab cara dia rakam tu

banyak sangat gerak.


Apa-apa pun,this story are too awesome.Tak sia-sia lah pergi tgk.

Ade part sedih sangat2.Memang boleh menangis tengok cerita ni..

Kat bawah aku ade uploadkan gambar dan sinopsis cerita ni.

Sesiapa yang belom tengok,haa cepat2 pergi panggung and watch this

GREAT MOVIE~~~


 

Ini adalah Sinopsisnya:

Diadaptasi daripada novel tulisan Suzanne Collins, "The Hunger Games" telah hangat diperkatakan oleh penonton yang tidak sabar untuk menontonnya sejak ia memulakan penggambarannya.

Ia mengisahkan remaja-remaja daripada 12 daerah Amerika Utara telah dipilih secara rawak dan terpaksa bertarung sesama sendiri dalam sebuah rancangan televisyen semata-mata untuk hidup dan mendapatkan keperluan asas yang cukup.

"The Hunger Games" menyaksikan seorang gadis berusia 16 tahun, Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) dan teman baiknya, Gale Hawthorne (Liam Hemsworth) dan Peeta Mellark (Josh Hutcherson).
 
Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence)

 

Peeta Mellark (Josh Hutcherson)



Gale Hawthorne (Liam Hemsworth)