Thursday 6 February 2014

~ Nota Hati ~

Bismillahhirrahmanirrahim...

Ketika detik mula itu hadir dalam pengetahuan ini,
Alhamdulillah... Allah itu Maha Besar, memberi ketentuanNya tanpa kita sangkakan,
Setiap detik itu bermain-main dalam kotak fikiranku,
Di kala aku tidak ketahuan,
Di kala aku tertanya-tanya,
Semua kata-kata dan tindakan dijaga dgn eloknya...
Segala apa yg perlu dijaga, jaga sebaik mungkin, ditutup sebetulnya dan dilindungi seutuhnya...
Kerana ia adalah maruah dan harga diri seorang muslimah sebagaimana Allah telah tetapkan...InsyaAllah.

Dan perjalanan itu bermula tanpa perancangan yg diketahui selain Yang Maha Esa,
Melakar buih-buih jernih di mata hati,
Memberi seribu pertanyaan di hati,
Membuahkan rasa yg tiada ungkapan terlerai,
Mahukan keberkatan Illahi, keberkatan dunia akhirat, keberkatan ibu ayah,
Kekuatan hati dan iman sangat perlu ditingkatkan semaksimanya,
Menginginkan keikhlasan hati yg benar,
Kerana hati manusia sifatnya berbolak-balik perlu dipeliharanya dgn iman...
Terus simpan dalam setiap sisipan doaku, Amin.Amin.Amin Ya Rabbal Alamin.

Aku sudah menjumpai dan aku telahpun membaca...
Keterharuan melanda diri yang sangat lemah,
Masih banyak perkara yg perlu diaudit dan dibaiki sehingga satu masa yg diimpikan,
Jawapan pertanyaan itu adalah sama dengan pengharapan itu,
Aku bisa memahami dan aku bisa mengerti sebagaimana tertulis,
Ketahuilah keinginan itu adalah sama dengan keinginan ini... InsyaAllah.

***Kebimbangan terus hadir tanpa disuruh...Namun, dgn adanya Allah dihati ini,kerisauan itu boleh pergi dgn sendiri. Setiap insan memiliki ceritera yg tergambar pasti... Rahsiaku, Rahsiamu, Rahsia mereka terpahat kukuh dlm sanubari...



~loveinsilenceheart~

Wednesday 5 February 2014

~ Yakin Boleh ~

Assalamualaikum....

Selagi mana ada semangat...
Selagi mana ada usaha...
Selagi mana ada sokongan...
Selagi mana ada bimbingan...
InsyaAllah, aku mampu mengubahnya...

Tiada istilah tidak mampu buat sebelum kita mencubanya...
Jika kita meletakkan pergantungan kpd Allah,
Yakinlah Allah sentiasa membantu kita...


**Rahsia di hati tiada siapa yang tahu kecuali Allah... Alhamdulillah :D