Monday 28 May 2012

~ Cepatnya Masa Berlalu ~

ASSALAMUALAIKUM....

Betul kan? Cepatnya masa berlalu sekarang ni walaupun masa tu sebenarnya tak pernah berubah...

Ia tetap jugak 24 jam dari dulu sampai sekarang. Tapi ada orang cakap, dulu masa cam lambat2 je bergerak, sekarang cepat pelik je rasanya...HUHUHU...

Pejam celik, pejam celik.... minggu ni dah minggu 14, and esok adalah 'last class aplikasi komputer' kita..WAAA...sedihnya... Lepas ni our lecturer En Azzwan dah tak ngajar kita lagi, except de yang amik kelas Business Reserch... Tu pun kalau dapat yang sama set.

Lepas ni kita semua dah majoring dalam bidang masing-masing, so mesti dah makin buzy.

Sedih je rasanya....Susah dhla kita semua nak hang out sama-sama, main bowling sama-sama, berfutsal sama-sama..Tapi INSYAALLAh, ukhuwah yang telah terbina ini xmungkin disia-siakan..

Jika kita mempunyai kelapangan masa, just set masa and keluar together..HEHEHE...

Lagi satu, pe guna de blog yang kita telah berusaha buat dengan sebaik mungkin ni, so teruskan berblog dan berkomunikasi sesama kita di sini...Kita pun dah ada group kt fb, then pe lg, discuss je apa2 pun kt c2..HUHUHU..

Okeylah, di sini dahulu entriku kali ini.

Akhir kata, semoga kita semua berjaya dalam final exam xlama lagi, dan selamat berstudylah...


With love ♥  * ALL DA BEST.....


Sunday 27 May 2012

~ No WORDS ~




Tak tahulah kenapa and mengapa, kadang2 aku rse cam.........ntahla, malas nk pikir..

Tapi, kenapa ek aku tengok semua kawan2 aku macam bahagia jek.

Sungguh beruntungnya dorang...

Aku ni?? Em xtaulah, rasa sedih jek...

Malas la nk tulis panjang2...

Sampai sini sje lah post ni kali ni.....huhuhuhu

" Aku doakan korang semua sentiasa berbahagia"




| TIRED AND UNISPIRED |

Thursday 24 May 2012

~ Big APPLE ~


Takde pape sangat nak cerite, just nak cakap....

ALHAMDULILLAH...

Akhirnye dapat gak mkn BIG APPLE setelah menahan kempunan selama 3 minggu....

Sedapnya...hewhew..

.Kat cini yang terdekatnye Big Apple kat Alamanda jela..

Kalau g sana brulah dpt beli.Sedih jek..isk isk.

Bukan banyak pon mkn, satu dah cukup.Tak larat nak mkn banyak2...huhu.

Aku ngn geng aku beli satu sorang, cpt knyang mkn donut nih.huhuhu

Sebab tu xbeli byk.Nantikan wujudlah pulak amalan membazir.

Oke lah, sampai sini sje dlu.

TATA.TITI.TUTU

Saturday 19 May 2012

~ JOm Belajar Bahasa JEPUN ~

ASSALAMUALAIKUM ^_^

Merujuk kembali apa yang telah disampaikan oleh En Azzwan dan post yang telah di buat oleh saudara Afzan tentang perancangan jangka panjang bagi aktiviti Ke Korea @ Japan @ UK @ US bagi sesiapa yang berminat dalam kelas s5 ini yang nak sertai serta menguruskan aktiviti ini...

So apa kata kita belajar sedikit sebanyak dalam bahasa Jepun ini. At least dah sampai sana ( INSYAALLAH ) kita boleh juga lah nak berkomunikasi yang mudah2 dengan masyarakat mereka.

Tapi, hari ni kita belajar untuk hari sahaja......

Thursday 17 May 2012

~ Laparrrrr ~

Adoyaiiiii....leh lak tengah2 mlm macam nih duk lapar2 bagai...

Lau nak turun kat cafe,dah tutup dh mse ni...

So mkn jek ape yg ada kt lam loker tu...

Tp sbnrnya sy nak makannnnnnnnnnnnnnnnn................................................

Tuesday 15 May 2012

~ Lagi-lagi Kau Novel ~


Aduh, Baiyah, Baiyah...
Lagi2 novel jugak kau baca ye, tu assignment, discussion, presentation banyak lagi menunggu.
Ala, xpela, aku baca pon time weekend n time nak relax2 jek.Dimaafkan la kan..HEHE..

Novel Suami Aku Ustaz tu aku follow dari blog writer tu sendiri sejak duk matrik dulu.
Hari2 aku lawat blog dia untuk baca cerita ni dari satu bab ke satu bab.
Then, sampailah ke bab 25 kot, dia ckp, cerita ni akan bersambung dalam novel nanti.Aduh, sedih jek masa tu, dahla dia stop cerita tu time suspen,memang membuak2 lah rasa nak tau sambungan cerita dia macam mana.
Pastu, adalah satu hari tu dia cakap novel dia ni akan first dikeluarkan di Pesta Buku Antarabangsa PWTC.Hah, aku apa lagi memang semangat la nak pegi.
Then, weekend tu aku pegi la ngn anak sepupu aku yg bljr kt UPM.
Tapi, malangnya..smpai2 sana, cari2 novel SAU ni,pastu tnya org yg jaga kat c2, dia ckp 'baru je abs dik,laku sangat novel ni dari awl2 pesta buku ni start lagi.adoiiii..sedih tahap gaban rasa.Dahla penat2 datang jauh2,pastu apa yang dicari xdapat,memang frust gila.Haishhhh... sabar jela.
Pastu, kawan aku ckp die nk tolong beli esk tu.Lega ckit rasa.Lps tu dapatlah aku miliki novel SAU ni akhirnya n dah abs baca pon.HEE :))



Haa,ni lah novel yg aku sangat2 suka n tunggu,kuar jugak akhirnya..

Seterusnya novel yang aku nak baca sangat2 lepas baca sinopsis dia kat Penulisan2u.Macam best je cerita dia, apalagi, beli jugak lah novel ni.Tapi, seriously,memang best cerita ni.Walau seego2 mana pun lelaki tu,lama2 akan jatuh cinta gak kat isteri dia walaupun kahwin kerana terpaksa.

Love You Mr. Arrogant (sangat2 best <3)

~ SeTelah Seminggu ~


Assalamualaikum semua....

Alrite, kenapakah tajuk ak mcm tu? HAHAHA...

Sebenarnya, selama seminggu aku menahan rasa kempunan nak makan Yong Tau Fu and Big Apple.

HUHU...Tahan jela kan rasa nak makan tu, nak cari Big Apple lak bknnye dkt...Lau de lam UKM ni kn sng pulak aku nak beli.

Ni kne lah cari kat Alamanda kot,rasenye kat c2 ada, xpon Mines..Memang dekat pon tmpt2 nih semua,n memang banyak pon keta/motor aku nk pegi sana.HUHU..arghhhh...

Pastu Yong Tau Fu lak nak beli ofcos la kena tunggu hari ada pasar malam n nak cerita gembiranya ni,
 HARI INI lah ada pasar malam kat Bangi tu.HEHE..

Pastu, kawan aku lak cakap, kakak die offer ajk pegi pasar malam,aku apa lagi memang nak la ikutnya.HEHE..

Then, sampai sana..Aku ngn roomate aku beli lah semua makanan yang rasa nak makan tu,

WAH, memang banyak la kami memborong..HIHIH. Biasalakan, igt sng ke org macam aku ni yang xde kenderaan kat u ni nak pegi pasar malam.

Tunggu offer2 macam ni lah baru berpeluang pegi..HUHU..( nada sedih ckit).

Oke, kat bawah tu ada beberapa gambar makanan yg aku sempat amik sebab ada yg abis mkn lam keta dh..HAHAHA..Dasyat x?HEHE


Nasi Lemak
Cendol Pulut
Haa,inilah dia Yong Tau Fu yg aku kempunan nak makan...




 Okay, ni senarai makanan yang aku ngn roomate beli td:

1) Yong Tau Fu
2) Putu Bambu
3) Nasi Lemak
4) Nasi Kerabu
5) Hot Dog Uncle Bob
6) Cendol Pulut

Haa, tu jela yang kami beli.Dah banyak sangat dah tu sebenarnya,buktinya sampai ke skrg iaitu jam menunjukkan pukul 11.04 mlm pon masih tak abis2 lg Yong Tau Fu ngn Putu Bambu.

Tu la td bukan main semua yg ada kt sana aku nak beli, nasib abik pandai kawal diri lg.

Beli pon berpada-pada lah sebab aku tau aku ni xlarat nak mkn banyak2 sgt.

Yang ada xabs lagi tu, jap2 lg la sambung makan balik.HAHAHA..

Sebelum tu, tadi aku ada cakap aku pon kempunan nak mkn Big Apple,emm yang ni xtau la bile leh dapat makannye.

Tapi, semalam roomate sy ada beli Dunkin Donut kat saya, at least xdpt mkn Big Apple pon, dpt mkn Dunkin je pon dah rasa bersyukur sgt.

Thanks my Roomate :))


Ohh Big Apple :)) Sedapnye!

Dunkin pon okay la pada xdpt mkn langsung..

Saturday 12 May 2012

~ YEAHHH,BERFutsal ToGether ~

Assalamualaikum.....

Walaupun, Afzan ,Mira dengan Iema dah buat post sal Futsal ni, aku nak post gak...hee :))

Memang best giler2,fun, terbaik, enjoy n sgt2 enjoy...Tak leh digambarkan bestnya moment bermain futsal and sama gak macam hari tu kita pegi main bowling...Dahla hari itu aku tak sempat berbuka puasa, tapi semangat nak main tu ada, rela berbuka di sana sementara tunggu semua sampai.hihi..Semua event yang dah kita buat, memang fun habis, korang semua memang sempoi,harap2 kita dapat kekalkan momentum seperti ini sampai abs sem ni and selamanyalah..Aminnn....

Berbalik cakap sal Futsal ni,hahaha,dulu aku pernah gak join futsal ni kat matrik,tapi masa tu juz main dkt padang je.Tak best pon.huhu..Yang ni baru betul2,main kt court futsal betul.Hee,syok rupenye.Selalunye, dengar abg aku la ckp, 'malam ni nak main futsal' tp xprnh pon pegi tgk dgn mata kepala sndri.Lam tv pernah la tgk org men futsal kt court tu.

Biarpun xpandai main, at least ak cube gak nk wat gol tp tak menjadi.hahahax...Yang paling semangat main Cik Izni kitalah...Tak dapat sumbat gol ngn kaki, ngn tangan pon die rembat..hahaha...lawak la bdk nih..Papepon,semua yang main malam tu semua terbaik termasuk la En Azzwan kita.

Sebelum terlupa, nak terima kasih kat Jas ngn Farhana Sepakkang sebab tumpangkan kami naik kereta korang.TQ again.Tq jugak kat Izni,bg gambar2 futsal kt fb...Aku dah download semua..

Nak tunjuk la jgk gambar2 kita berfutsal wlpun korang dah tgk....



Tuesday 8 May 2012

~ Kerana Dia Seorang Ibu ~

Assalamualaikum...

Just nak kongsi satu cerita ni,Ya Allah...sedih sangat2 baca...kamu semua wajib baca.Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu itu kat ank dia.Dia sanggup kehilangan telinga dia demi anak dia supaya ank dia tidak lagi diejek oleh orang,supaya ank dia sempurna di mata manusia.

Keluar air mata baca cerita ni.Rindu mak kt umah..Seriously,nak balik!!!!huhu...

Sedihnya rasa malam nih..huk2...Ya Allah,tabahkanlah hatiku ini dalam menghadapi hari2 ku di UKM..AMinnn...Insyaallah~~~


Okay,sila lah baca

|
|
V

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Si anak kaku..

P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.

Sunday 6 May 2012

~ GooD Morning ~

 

Selamat pagi semua...

Takde pape pun nak cerita tapi saje2 nak share gambar kat ats tu..

Hmmmm,dah baca ke?paham x?kalau xpaham gk,buat2 paham la yek..hehehe

Tapi,memang betul pun ayat tu,org pompuan ni contohnya dia minat kat seseorang tu,then tetiba pagi tu,bdk laki yg dia minat tu anta msj good morning.

Satu hari tu  dia rse hepy semcam jek.HAHAHA...

Pelik kan,tapi itulah hakikat sebenarnya.

Tapi sebenarnya tak kisah la bdk laki tu tak anta msj good morning pun,just anta msj tnye psl bljr ke or pape la,mesti org pompuan ni akn rse suka sgt2....

Bibir tu asyik nak senyum je....bila kwn ckp pn,dgr xdgr je sbb duk baca msj tu berulang2 kli...

Pastu,hati tu rasa cam berbunga jek..

ISH3....macam2 la kan..Kalau org yg dia minat,ape benda yang org tu buat,smuanya bgs.

Betul x kwn2 pompuan ku?Mesti angguk kepala punya..HAHAHA...

Sekarang dah lama tak minat kat org kut...HUHUH..

Teringat lak zaman sekolah dulu,HAISHHHH....Memang suka sangat2 la bila dapat mesej dari org yg kita minat..HUAHUA...

DAH,cukup2lah baiyah oii duk merapu pagi2 hari ni..



Truly: baiyah ♥