Monday 19 March 2012

Novel...♥

Aku ada baca 1 novel ni...Tajuknya Hijab Cinta..

Menarik juga novel ini..banyak ilmu penting yang aku dapat daripada novel ni..


Watak Aisyah sebagai heroin novel ini sangat mengagumkan aku...


Seterusnya di bawah ini aku sudah uploadkan gambar novel ni..


Sesiapq berminat silalah beli then baca...


Ni adalah sinopsis novel:

Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga.


Jika rela menerima jodoh yang hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat


kebahagiaan?
Beginilah gambaran perkahwinan Nur Aisya Sufiah yang penuh dengan kemelut jiwa bagi

mencari kebahagiaan. Dia cuba menerima Zakri sebagai suami. Walaupun tiada lafaz cinta

yang terungkap di bibir Zakri, tetapi tiada pula hamburan caci nista. Aisya cuba

menidakkan kerana keteguhan cintanya kepada Tuhan yang Esa. Pergolakan jiwa Aisyah

terus bergelombang apabila Nadia hadir menyemai kembali benih cinta bersama Zakri.

Masih adakah kasih sayang Aisya bagi suaminya selepas hatinya dihiris bagai sembilu

walaupun ketika itu Zakri hampir membuka hijab cinta dalam dirinya.

No comments:

Post a Comment