Wednesday 28 March 2012

* JANGAN ----> Ustaz DON~~~

Hari ini aku nak kongsi tentang apa yang kita perlu hindari dalam Islam...

Ni semua adalah dari Ustaz Don...

Sama-samalah kita berubah ke arah yang labih baik...

RENUNG-RENUNGKAN~~~





- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu
membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna.

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

4 comments:

  1. Ustaz Don..

    one of my favorite ustaz..
    pendekatan dia berlainan.. :)

    ReplyDelete
  2. Tq nabil 4 ur first comment...

    Yup,btol2...
    Ustaz Azhar xmnt ke?hehehe

    ReplyDelete
  3. Baiyah,

    Satu post yang menarik. Saya peminat mereka berdua, cuma tak dapat luangkan masa untuk mendengar lebih banyak nasihat dan pesanan dari mereka.


    a z z w a n

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih en azzwan...

    Insyaallah jika ada kelapangan masa,bolehlah encik azzwan mendengar @ menonton @ menghadiri ceramah daripada mereka berdua.

    Saya pun harap dapat berbuat demikian.

    ReplyDelete